Tuesday, January 24, 2017

Penang January





Terima kasih pudding datang jauh jauh teman kan aku jalan jalan Penang. Tak sangka kau sweet jugak sanggup datang on the spot. Semoga cepat sembuh, jangan makan lepas tu tidur, bahaya untuk kesihatan, lepas tu jangan cepat terkejut sgt, menyampah aku. Lepas tu aku nak jumpa ko x overweight dah lepas ni.


Oh, aku x jadi pergi training. LOL gila. Penat penat tau depa bayar duit untuk apply visa, tapi x jadi hantar. Tapi x apa lah, rezeki ada kat benda lain kot. InsyaAllah.



Love,
fadzlin kamila.

Tuesday, January 17, 2017

1992-2017

Lepas subuh tadi, terus drive pergi Taiping, dengan Peah dan Hurul. Sepanjang perjalanan ke Taiping, not any words pun keluar dari mulut kami 3, kecuali salam and say hai. Itu sahaja. Dan inform kat Peah yang nak tukar kereta kat Taiping, naik dgn Kak yati lak.
Sesampai kat rumah arwah, Alhamdulillah cantik percaturan masa Tuhan untuk kami, sempat jumpa tatap muka arwah untuk terakhir kalinya. Rupa nya debaran untuk masuk dan tatap muka arwah tu lain sangat rasa dia. Tak pernah aku rasa segoyah tu. Kami 3 x lepas tangan masing2 sebab rasa masing masing hiba.
Nina yang x pernah nak sesedih, nak monyok, nak diam, tiba tiba terbaring kaku kat situ. Terbalut dengan kain kapan, dan aku nampak betapa kuatnya suami arwah kat sisi. Allah, Tuhan Maha Besar.
Tak pernah aku imagine Nina yang aku peluk cium sabtu lepas, indah berhias seri pengantin, gelak gelak sebab akhirnya dia kahwin, hari ni aku tengok sebagai sekujur mayat.
Aku tak pernah hilang orang sedekat ni dengan aku. Ya, sepupu mak saudara ya, tapi sebagai seorang rakan, she's the first.


Al-fatihah Fazlina Fazil.